❤ 1st HONEYMOON Phuket, Thailand ❤
#collectingmoment
#explorephuket2016
#truestory
Holla!
Entry ni adalah semata-mata untuk sharing
pengalamanku TRAVEL ke Phuket
Thailand pada March 2016. Hari ini sudah October 2017. So, genaplah setahun
lebih juga delay untuk mengarang. mbahaha! Since ini adalah 1st experience yang
paling mencabar dalam hidup travel saya, ingin juga saya share, manalah tau ada
juak orang kedak ku tok! 😉
Actually, ini adalah 1st time experience
to oversea with my own style gitew. Tahun 2012 saya pernah juga ke Singapore
tapi itu just ikut trip saja. So, kepala tidak pusing mau urusannya.Tapi ini
kalilah ke Phuket, fuhh!!(Lap peluh). Macam-macam ada. Haha!!
Kali pertama PLAN TRAVEL sendiri ada
sangat banyak cabaran dan rintangannya. Ini memberi pengalaman pahit
& manis yang tidak dapat dilupakan. Macam-macam peristiwa lucu pun ada.
Trip ini juga sangat BERMAKNA kerana pergi bersama suamiku yang tercinta gitew
(cieeh). Kita baru jak 3 bulan kahwin masa ni, so kiranya masih pengantin baru
lah gitew. ahaks!
Ok, let me story you.
1. TIKET FLIGHT
Tiket flight ini sudah dibooked lama
(setahun sebelum) semasa ada promo bulan Feb 2015. Masa ini tidak plan pun
pergi mana tapi since AA dah bagi murah, jadi grab saja la tiket ni plus
excited mau honeymoon kan. mbahaha! Paduhal boleh lagi dapat tiket murah dari
ni. (Bkin panas!)
Harga
Tiket Promo AA:
* RM316 for 2pax - Return (KL- Phuket-KL)
* RM396 for 2pax - Return (Bintulu - KL -
Bintulu) * k yang ni mahal * sobsob!!
* Jadi TOTAL tiket flight
= RM712 untuk 2 orang
2. HOTEL
Part book hotel ni ada juga ceritanya. 1st saya buat, saya study dulu thru google/blog orang recommended hotel untuk tinggal. Lepas berminggu-minggu study, akhirnya dapat 1 hotel ni Hotel 99 Residence Patong. But, saya just book untuk 2 malam jak dulu instead of 5 malam terus sebab macam-macam yang difikir. Manalah tau hotel tak wujud ka disitu. Haha. Jadi saya pilih untuk Pay at Hotel. (Ada lagi begini o) haha! Satu lagi alasan sebab Iols mmg tidak mudah untuk percaya internet 100%. Takut hotel tu jauh dari lokasi/x selesa/x cantik. (Memang sangat dramatik o masa ni. Biasalah 1st timer kan) Kihkih.
Then, saya pun fikir yang 3 malam seterusnya lagi book nantilah di Phuket (memang mindset penakut high level punya security.haha). Tapi memang betul-betul o saya ada masalah dengan hotel yang dibooked di Agoda ni. Nanti di bawah saya cerita..jeng..jeng..
3. BINTULU TO KL
6 March 2016
Flight kami bertolak dari Bintulu - KL adalah pukul 7.45pm. Jadi, kami sampai di KL pada pukul 11pm gitu. Since kami lambat sampai di KL, jadi kami just plan untuk stay overnight dekat Airport KLIA2 saja sebab flight ke Phuket keesokkannya agak awal juga. So, alang-alang la mau stay hotel. (Jimat kos ala-ala backpackers gitu la masa ni. Haha)
Cun juga masa ni, ada bestfriend saya ni stay dekat Putrajaya. Since 10 tahun lebih kita tidak jumpa, jadi dia plan mau jumpa and lepak-lepak la dengan saya masa ni. Lagipun saya minta tolong dia untuk bawa kami ke I0I mall untuk tukar matawang. (Sebab money changer Bintulu mahal sungguh!). So, kami pun lepak-lepak la di bandaraya KL sampailah pagi. Walaupun begitu mataku masih segar kot! Haha. Kemungkinan kerana lama tidak jumpa/banyak cerita or aura semangat mau Honeymoon kot! Haha (Merepeklah)
4. KL ke Phuket
7 March 2016
Pagi tu, kami just mandi di stesen ERL jak setelah seharian suntuk berjaga. Kemudian si kawan bawa kami terus ke IoI mall untuk tukar matawang. Nasib dah checkin tiket flight awal-awal. So, fikir-fikir masa tu sempat lah kan.
Reminder:
Untuk International Flight, mesti checkin 3hours before departure
Habis sudah urusan tukar wang sana, terus nervous tengok jam mau dekat-dekat sudah, so kami bergegas ke KLIA2. Drive pun kalah-kalah si Van Diesel. Haha! Flight kami KL-Phuket bertolak 11.20 am. Kami sampai Airport pukul 10.30 pagi. Punyalah bergegar lutut takut kena tinggal flight. Kami tidak lagi pegi tengok tu Departure Board yang depan tu (untuk tengok gate mana kan), terus saja ke departure hall. Dah siap 1st tapisan imegresen, kami teruskan perjalanan (Dengan confidentnya).
Then, saya tanya husband, gate kita nombor berapa? Then dia cakap, ada tu sana nanti. Ikut jak saya. So, saya pun ikut jak la. Fyi, ini adalah 1st time ke KLIA2 semenjak ianya baru dibuka. Dulu masa zaman Uni dekat semenanjung, saya just biasa dengan LCCT jak. So, i put 100% trust on him lah.
Dah sampai dekat last imegresen checking, saya jadi bingung. INI MACAM DOMESTIC PUNYA HALL. Kami terus check dekat TV screen tu, SAH! memang salah tempat. Jam dah pukul 11.00am. Flight take off pukul 11.20am. Udahhh!!! Terus gaduh kejap disitu (Ini confident punya pasal lah). Haha! Apalagi, lari lah cepat!!!
Wah.... Bab lari ni hanya Tuhan saja yang tahu. Dengan bag besar di belakang lagi plus badanku yang kenderaan berat. Adoooh!! Memang &^%*!. Saya suruh husband lari duluan supaya sempat bagitau staf sana tunggu saya yang lambat ni (Macamlah dapat. Ingat macam bus ker dik? Kuno! Haha!)
So, kami pun lari sekuat tenaga yang boleh. Tidak peduli sudah apa orang cakap. Ah, paduli kau sana! Haha. Macam rasa dalam chanel Amazing Race pun ada. (Perasan!) Dah sampai International Departure hall, kecewa tengok ada lagi imegresen checking. (Terlalu banyak security check di KLIA2 ni. Uwaa!!) Masa tu sudah mau giveup. Yalah, jam pun dah 11.05am, 15minit lagi kapal terbang mau take off. Tapi kita tetap kuatkan semangat. Kita teruskan juga lariannya walaupun deodorant kami kena rampas. (-_-). Nasib perfume saya tidak lebih dari 100ml masa ni. Selamat..hehe... Baru ku tau international flight memang gini.
Reminder: Cecair lebih 100ml tidak dibenarkan dibawa masuk
flight cabin.
Biarlah, janji sempat masuk flight. Kami lari lagi ke boarding room, syukur boarding room kami dekat saja dari last security checking tu. Pramugari sana suruh saya cepat-cepat masuk flight sebab semua orang dah dalam tu. (Syukur dorang baik hati)
Tapi suamiku? Aku x nampak pun kelibatnya walaupun tadi dia yang duluan dari saya. Aduh! Ini lagi gawat! Saya tunggu lagi di muka pintu flight tu sebab kalaupun tertinggal flight biar sama-sama (Sweet gitew tidak? haha).
Then saya dengar tapak kasut orang lari-lari, sekali tengok DIA..fuhh!! Lega hatiku ini. Terus kami masuk dalam flight dengan peluhnya dan tercungap-cungap (Macam kena kejar hantu. Haha) Saya tanya suami, napa lambat dari saya paduhal dia yang awal tadi?. Rupanya dia terlepas pandang boarding room (biasalah over condifent sekali lagi kan. Patut masuk tadika balik. Haha) Sungguh! Pengalaman ini memang tidak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila. Kasi hashtag: #amazingracephuket2016
5. CERITA DALAM FLIGHT
Kita akan diberi satu borang yang perlu diisi dan akan diserahkan di imegresen kaunter Phuket nanti. So, please bring your own pen. Masa ni saya terlupa bawa pen sendiri walaupun kawan dah inform suruh bawa. Nasib baik orang duduk sebelah mau kasi pinjam pennya. Tapi malu juga mau pinjam dari orang kan. Better isi siap-siap sebab kalau isi dekat kaunter imigrasi, memakan masa lagi.
6. CERITA DI AIRPORT PHUKET
Selepas 1 jam lebih perjalanan, kami pun sampai di Airport Phuket pukul 12.40 pm. Masuk-masuk jak kami di tempat imigrasi kaunter, fuh! gila ramai orang. Crowded yo!! Macam ikan sadin sudah sana. Tidak ada ruang untuk masuk. Tapi saya dapat tips ni dari satu blog.
Tips: KALAU KAUNTER IMEGRESEN FULL, SILA PERGI
KAUNTER PALING HUJUNG. GERENTI CEPAT!
So, kami pergi kaunter paling hujung, memang berkesan! Haha. Then, ada lagi satu borang kena isi di kaunter imigrasinya. ALAMAT KITA STAY DI PHUKET. Of course la ni nama hotel kita kan. Nasib masa ni da tau mana hotel yang mau dituju.
Lepas dari imigrasi tu, tidak jauh dari situ, ada satu kaunter simkad untuk para tourist dorang bagi FREE jak. Wah..apalagi, grab aja deh (Haha)! Cukup untuk seminggu data plannya.
Kemudian kami terus keluar dari arrival hall dan memang kamu akan DISERANG oleh para tour agent yang di airport tu. Tapi ignore saja dulu. Tiba-tiba datang sorang pompuan ni, dia offer discount tournya & free bus to Patong. Seperti yang saya baca dari blog orang, tambang minibus ke Patong is 150 baht per pax. Jadi since dia offer tour ke Phi-phi Island 1800 baht per pax, so I thought it should be OK la kan. Tak sempat buat kira-kira. Rupanya saya kena tipu. Issshh!!! geramji! Cuba tengok mana lagi murah:
a)
Ours (Airport)
Tour +
FOC Bus= 3600 baht
vs
b)
Reality (Patong Street)
Tambang
bus : 150 bht x 2= 300bht
Phi-Phi
Island Tour : 1500 bht x 2= 3000bht
Total= 3300 bht (Rugi 300 baht= RM30+)
Better jangan ambil tour di Airport k. Seriously jangan. Saya ni yang degil tu hari. Kan dah kena tipu. Sebenarnya ko buli dapat yang lebih murah lagi dari yang reality tu. Seriously!Asal ada skill nego! haha. Ambik saja dekat Bangla/Patong Street. Lebih murah.
Lepas tu, kami pun cari minivan ke Patong Beach tu. Minivan rules, mesti penuh baru jalan. Jadi kami terpaksa tunggu few minutes untuk kasi full van. Nasib ada couple orang putih ni. So, kita pun berangkat pergi. Kami singgah di satu tempat ni (macam tukar driver). Then, dorang bagi satu borang gik untuk diisi. Isi nama & nama hotel yang ingin dituju. Then bagi driver tu. Dekat sini dorang bagi air FOC. Hehe. So, kami pun terus ke Patong dan van ni akan hantar kita exactly depan hotel. Terbaik! Hehe.
7. CERITA DI HOTEL
Sampai jak kami di Hotel 99 Residence Patong tadi, saya terus ke kaunter untuk checkin. Malangnya, masa mau checkin staf sana cakap " Sorry Madam, we didn't received any booking from you here". I was like, WHAT!? Then, I showed them my booking number. Then she said, "Your booking number is not in our system madam and unfortunately there's no more room available today". Terus ku frust disitu. Terang-terang dapat email dari Agoda.com yang my booking is ALREADY CONFIRMED!
Kemudian staf tu macam serba salah jak. Dia pun cakap, dorang biasanya selalu ada kes begini dengan Agoda. It's much better if you book through Booking.com rather than Agoda. Agoda is not famous used in Phuket madam dia bilang lah (Not sure if it's true or not). So, iols pasrah disitu. Then, dia suggest their 2nd hotel dengan saya, Sawasdee Hotel. Free transfer to that hotel & standard hotel pun sama macam Hotel 99 ni lah dia bilang. So without any doubt, saya pun setuju la kunun dengan harapan ianya sama. So kami bayar terus 2 night for Sawasdee Hotel dekat Hotel 99 tu and guess what, we are so so double frustrated! Kami fikirlah sama standard macam yang dibook tu, sekali dorang bagi ni yang macam Inn saja ni! Oh sungguh kecewa. sobsob!
We are supposed to stay at this hotel: 99 Residence Patong Hotel
Clean, comfy, unique and large.
The
Lobby
The
Bed
Unfortunately, we end up here (below photos). RM100 per night? What?! We're totally screwed up. Kena tipu lagi. This hotel is actually kurang dari RM90. It's not even worth it! Kami fikir dia akan beri kami bilik yang ada balkoni because ours at the 99 hotel ada kan. Tapi, hampeh! The room is too small and got no hairdryer + safetybox + kettle + balkoni + berbau! Hancur honeymoon mood nya. Haha! Sampai hati korang bagi hotel ni dengan kami! Sampai saya tidak sanggup gambar keadaan hotel masa ni.
Photos below are taken from their website. So, here I present to you HOTEL SAWASDEE MANSION, a Nightmare Hotel for our honeymoon!
This
is exactly our room
The
lobby
It's totally a nightmare hotel for both of
us. Kalau bukan berhoneymoon tadi iols tak kisah sangat. Haha.
Tapi tidak apa, nasib tidak bayar untuk
malam-malam berikutnya. Hotel ini agak jauh juga dari Patong Beach. Tapi Hotel
99 lagi jauh lah. So, Ok la juga. Tu jak la kelebihannya. Tapi still tidak puas
hati. Haha.
9-11
April 2017 (Day 3 and 5)
Selepas trauma dari kes penipuan ni
(Amboi. Haha), kami "hunt" for another hotel. So kali ni memang
double check. Siap buat preliminary survey lagi before book k. Haha! (Civil
Engineer biasalah!) Mbahaha. After search di booking.com, terjumpalah hotel
ni PAKSAA BOUTIQUE HOTEL tidak jauh dari Hotel Mimpi Buruk tu.
Haha! Syukur hotel ni memenuhi standard kami.
Masa buat surveying work ni agak susah
juga. Haha. Kami try jalan kaki dulu untuk cari hotel ni and kami guna apps
"Waze" jak. Lokasinya tidak jauh dari Hotel SM, sekitar 15 minutes
jalan kaki. So, kami ikut la map yang diberi Waze ni, sekali pusing punya
pusing, mau 1 jam jalan kaki pun tidak jumpa-jumpa. Kami tanya orang local sana
pun dorang tidak tau mana tu hotel. Dah!! Sesat sudah. Haha. Last-last kami
macam mau give up and finally, kami jumpa. Astaga!! punyalah dekat sungguh
dengan hotel nightmare kami tu. Guling-guling pun sampai ok! Melihat keadannya
macam Ok dan memuaskan, so kami book jer lah. Penat-penat jak jalan kaki ukur
pasar Patong pegi cari Paksaa Hotel ni. Adoi. Haha!
Esok nya, baru kami checkin di Paksaa
Boutique Hotel ni. Baru lega sikit dan dapat selamatkan mood honeymoon
kami. Haha! So, ini dia hotel tu: Cantik kan? Approx. RM100/Night. Kami stay
sini sampai pulang gitew.
Front
View
View
1
Agak berbaloi la walaupun sudah book
double bed, tapi gara-gara lambat checkin, dia bagi 2 single bed yang dicantum
(krik2). Tu saja yang lagi tinggal. Sokay la kan. Asal selesa, bersih &
cantik jak. Hehe.
Jadi, sepanjang di Patong Phuket memang
banyak lah kejadian yang berlaku. Ini sedikit sebanyak memberi kenangan dan
pengalaman yang sangat bermakna buat kami. Entry saya seterusnya nanti saya
share itinerari di Phuket.
Fuh, panjang cerita saya kan. Penat
menaip. Haha! Tapi ambillah ikhtibar dari pengalamanku ini. Ececeh! So, end of
my story-story today. Jumpa lagi di entry seterusnya. K, Bye for now!






No comments:
Post a Comment